Sunday, September 28, 2008

Rasulullah Ketika Aidilfitri




Menjadi Anak Angkat Rasulullah Ketika Aidilfitri





Hari Raya Aidilfitri telah tiba. Umat Islam di Madinah merayakan hari bahagia itu dengan mengumandangkan takbir dan tahmid. Mereka beroleh kemenangan dalam peperangan melawan nafsu, sebulan mereka telah menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Dengan pakaian yang paling cantik Nabi s.a.w bergegas berangkat dari rumahnya menuju ke lapangan untuk menunaikan solat jemaah Aidilfitri. Umat Islam menunggu kedatangan Rasulullah.

Di sepanjang jalan anak-anak kecil berlari-lari dengan sukacita kerana lebaran telah tiba. Pakaian mereka cantik dan wajah mereka cerah semuanya. Tidak ada yang berdukacita, hari itu adalah hari yang paling gembira. Akan tetapi alangkah hairannya Nabi tatkala menyaksikan di sudut sebuah bangunan tua, seorang anak kecil berpakaian koyak tengah duduk menghadap dinding seraya menangis tersedu-sedu.

Nabi pergi kepada anak itu, lalu bertanya, “Hai anakku, mengapa engkau menangis sendirian pada hari saat kita sedang bergembira bersukari?” Anak kecil itu, tanpa menoleh untuk melihat siapa yang bertanya, langsung menjawab: “Bagaimana tidak menangis, mereka punya pakaian baru sedang aku tidak.”

Nabi tersekat hatinya dan bertanya: “Jadi mengapa engkau tidak berganti pakaian dan bermain-main dengan kawan sebayamu?” “Mereka tidak mahu aku menghampirinya sebab pakaianku lama dan compang-camping, dulu waktu aku masih punya ayah, setiap hari raya aku juga mengenakan pakaian baru, perutku kenyang dan duitku banyak.”

“Ayahmu ke mana nak?” “Ayahku sudah meninggal. Ibuku sudah kahwin lagi dan nasibku tersia-sia sebab harta peninggalan ayahku dihabiskan oleh ayah tiriku.”

Nabi termenung, lalu ia berkata, “Anakku seandainya Fatimah jadi kakakmu, Ali bin Abu Talib jadi abangmu, Hassan dan Hussin jadi saudaramu dan aku jadi ayahmu apakah engkau suka?”

Anak itu terperanjat lantas berfikir, jangan-jangan yang berdiri berhampiran denganku ini adalah Rasulullah. Setelah budak kecil itu melihat, ternyata siapa yang tadi berkata begitu, dia pun bergembira. “Tentu saja saya senang, ya Rasulullah, sambil memeluk erat kaki Nabi.

Maka oleh Nabi itu digendongkan dan dibawanya kembali ke rumah. Dengan tangannya sendiri Rasulullah memandikan anak tersebut, mencarikan dan memakaikan baju serta gamis kecil kepada anak yatim itu, lalu memberikannya sarapan pagi dan sedikit wang. Setelah dilepasnya anak itu bermain-main, barulah Rasulullah meneruskan niatnya menuju ke lapangan untuk menjalankan solat Aidifitri bersama penduduk Madinah.

Anak kecil itu riang ketawa menghampiri kawan-kawannya yang sedang asyik bersuka ria. Mereka kehairanan melihatnya budak kecil itu turut bergembira, sedangkan seblum itu budak tersebut menangis teresak-esak. Maka salah seorang antara mereka bertanya, “Hai aneh betul kau tadi menangis kini tertawa, ada apa yang berlaku?”

Anak yatim itu menyahut bangga. “Tadi aku menangis kerana aku lapar, sekarang aku tertawa kerana aku kini kenyang. Tadi aku menangis kerana aku tidak mempunyai pakaian cantik. Kini pakaian aku indah dan masih baru, juga mempunyai wang yang banyak. Tadi aku menangis kerana aku tidak mempunyai ayah sekarang aku tertawa kerana aku sekarang sudah punyai ayah.”

“Hairan, dari mana kau dapat ayah? Siapa ayahmu sekaran?” “Kerana ayah kandungku sudah meninggal, maka Rasulullah menangkatku jadi anak. Rasulullah adalah ayahku sekarang.” jawab anak itu penuh rasa bahagia.

Kawan-kawanya semua berubah jadi kecewa dan iri hati. Mereka serentak berkata “Yah, cuba ayah kita sudah mati, kia pun bakal punya ayah Rasulullah seperti dia.” Mengasihi dan memelihara anak yatim adalah sifat terpuji yang patut dimiliki oleh setiap orang mukmin.



SElaMAT MeNYAmBut

haRi RAya aIDiLfiTri ,


MOhON MaAF Atas Segala salah dan silap ANA "MAAF Zahir & Batin"

Friday, September 26, 2008

RENUNGAN uNtuk Kita




Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
"Mohanlah keampunan kepada ALLAH setiap masa, sesungguhnya ALLAH maha Pengampun dan Penyayang "
MUtIara KATA



"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita juga dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari "( Saidina Ali)

"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...