Friday, February 20, 2009

KUAT MENGHADAPINYA



Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dgn membawa keterangan dan petunjuk. Tujuanya agar mereka mengeluarkan manuasia daripada kegelapan kepada cahaya dan janganlah kita leka dan alpa kpd dunia kerana kita ada tanggungjawap yg besar diatas muka bumi Allah ini. Para pembaca sekalian, manuasia kini sedang menghadapi pertarungan dalam diri mereka sehinggalah mereka kalah atau menang, atau terus menghadapi pertarungan ini. Pertarungan ini adalah pertarungan yng sengit dan berterusan hinggalah manusia menemui ajal. Firman Allah:”Dan jiwa serta penyempurnaanya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu( jalan) kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntnglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”(asy-syam:7-10) Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1) Golongan yg tewas dgn hawa nafsu

2) Golongan yg berjihat melawan hawa nafsu

3) Golongan org maksum

Cuba kita fikir sejenak, kita sekarang ada pada golongan yg mana ? yang pertama?, kedua?, atau ketiga?, fikir-fikirkanlah. Para pembaca sekalian, Manusia kini ramai yang tewas dgn hawa nafsu mereka, mereka ini tunduk kpd dunia dan kekal dalam keduniaan. Mereka ini orang-orang yang melupakan Allah , lantas Allah melupakan mereka. Semua org kenal syaitan yang sentiasa berusaha dan tidak putus-putus untuk menyesatkan manusia dan syaitan ini akan menjadi kawan karib kita bila mana benteng dan pertahanan jiwa kita lemah dan runtuh, Firman Allah:”syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah”(Al-Mujaadilah:19)Terdapat penyakit yg paling berbahaya iaitu penyakit was-was dan tujuanya utk memesongkan manusia diri jalan Allah dan sentiasalah kita mengigati Allah dan banyakkan lah berdoalah pda Allah supaya tidak tekena dgn penyakit ini, FIrman Allah:”sesungguhnya orang-orang yng bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan meliah kesalahannya(sedar kembali)”(Al-A’raf:201) Disini terdapat beberapa jalan utk mengelakkan diri kita drpd panah-panah dan tipu daya iblis:

1) Sentiasa mengigati Allah dalam apa saja keadaan.

2) Elakkan dan jauhkan daripada makan terlalu banyak

3) Menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa bersifat berhati-hati dalam semua perkara

4) Jauhkan daripada bermewah-mewah walaupun halal dan bersih

5) Banyakkan membaca al-quran berzikir dan beristirfar.

Rasulullah S.A.W bersabda :” Terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.” Ini saje yang dapat ana konsikan bersama, segala yng baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri ana sendiri. Marilah kita sama-sama saling tegur-menegur dan nasihat-menasiahati bila Nampak kemungkiran agar kita sentiasa kekal di jalan Allah. Tegurlah ana bila Nampak ana buat benda yg tak elok, kerana ana manuasia yg lemah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...