Wednesday, March 18, 2009

Al-FaTeh SeBaik-BAiK RaJA



Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sumber:http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

Friday, March 13, 2009

HIdUp KU



Tanggal 13 Mac 1993 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1413hijrah lahirlah seorang hamba Allah yang bernama afiq bin anuar di Hospital Subang Jaya Medical Centre. Tahun demi tahun berlalu, sehinggalah umur mencecah 16 tahun. Masa akan terus berlalu dan  terus berlalu maka rugilah bagi mereka yang membazirkan masanya firman Allah dalam surah Al-Ash : “(1)Demi masa!(2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.(3)Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh(baik),dan berpesan-pesan dengan yang hak(benar) dan berpesan-pesan dengan sabar(teguh hati)”.Surah ini bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian dan sesat melaikan mereka yang beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran.
 Imam Ibnul Qayyim pernah berkata: Pada hakikatnya waktu yang dimiliki manusia adalah usianya dan modal dasar untuk kehidupannya yang abadi di surga yang kekal, atau modal dasar untuk kehidupannya yang sempit di dalam siksaan yang pedih. Waktu itu berlalu seperti berlalunya awan. Siapa yang menggunakan waktunya untuk mentaati Allah dan melaksanakan aturan-Nya, maka itulah kehidupan dan umurnya; selain itu tidak dianggap sebagai kehidupannya. Sebaliknya, siapa yang hidup dalam waktunya seperti gaya hidup binatang ternak, menggunakan waktu dalam kelengahan, kelalaian, dan angan-angan kosong, atau sebaik-baik pemanfaatan waktunya adalah untuk tidur dan menganggur, maka kematiannya lebih baik daripada hidupnya.                                                                
Marilah kita sentiasa memperbaiki diri kita supaya kita menjadi lebih baik daripada sekarang dan sentiasalah kita saling ingat-memperingati dan nasihat-menasihati antara satu sama lain dan beruntunglah bagi orang yang melaksanakannya.   beruntunglah bagi orang yang melaksanakannya.   

Saturday, March 7, 2009

BerHiJrah Ke sEkoLah lain.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaatuh. Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya ana dapat lagi hidup di atas muka bumi Allah ni dan harap ku akan terus dipelihara berada dijalan mu ya Allah. Pertamanya Ana mohon maaf kepada sahabat-sahabat ana kerana tidak memaklumkan perkara ni dan untuk pengetahuan, ana sekarang bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK klang. Sikit je kot yang dapat ana ceritakan, yerlah kate baru masuk tak banyak lagi cerita pastu ana ni bukanlah pandai bercerita sangat,oklah ana mulakan dgn sejarah sekolah ni sekolah ini dibuka pada tahun 1978 dan Moto sekolah ni ialah KEMAHIRAN KUNCI KEMAJUAN  logo sekolah ni ade tiga warna bagi warna merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor bagi putih melambangkan kesucian dan spur melambangkan teknikal dan kemahiran. Sekolah ni tak lah jauh sangat dari rumah ana dekat je tak sampai 1km dan setiap hari ana akan pergi sekolah dgn menaiki kereta dan balik dgn berjalan kaki, sekolah ni besarrr sangat dan macam-macam kemudahan  ade kat sini, tapi pelajar-pelajarnya bila dilihatkan ana sangat sedih tulah rialiti sekarang dan kalau kat kelas pulak semuanya orang melayu walaupun sekolah ini pelajarnya berbilang bangsa dari segi bilangannya…. seimbang laki dan perempuan, pastu ikhtilatnye hei tak yah cakaplah dah jadi perkara biasa bagi sekolah luar. Oklah tu je kot yang dapat  ana dapat kongsikan lain kali ana cerita lagi,. Akhir sekali ana mohon sangat-sangat doa dari korang. Buat sahabat-sahabatku ,rakan-rakanku ,senior-seniorku , junior-juniorku dan murabbi-murabbiku diriku ini sentiasa mengegati dan mendoakan sekalian. Semoga ape yang kita bina selama ini akan terus kukuh dan kekal selamanya wabillahi taufiq wal hidaaayah wassalamualaikum warahmatullahi 

dari kiri nazmi,rahman dan anas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...