Wednesday, March 18, 2009

Al-FaTeh SeBaik-BAiK RaJA



Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sumber:http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

Friday, March 13, 2009

HIdUp KU



Tanggal 13 Mac 1993 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1413hijrah lahirlah seorang hamba Allah yang bernama afiq bin anuar di Hospital Subang Jaya Medical Centre. Tahun demi tahun berlalu, sehinggalah umur mencecah 16 tahun. Masa akan terus berlalu dan  terus berlalu maka rugilah bagi mereka yang membazirkan masanya firman Allah dalam surah Al-Ash : “(1)Demi masa!(2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.(3)Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh(baik),dan berpesan-pesan dengan yang hak(benar) dan berpesan-pesan dengan sabar(teguh hati)”.Surah ini bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian dan sesat melaikan mereka yang beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran.
 Imam Ibnul Qayyim pernah berkata: Pada hakikatnya waktu yang dimiliki manusia adalah usianya dan modal dasar untuk kehidupannya yang abadi di surga yang kekal, atau modal dasar untuk kehidupannya yang sempit di dalam siksaan yang pedih. Waktu itu berlalu seperti berlalunya awan. Siapa yang menggunakan waktunya untuk mentaati Allah dan melaksanakan aturan-Nya, maka itulah kehidupan dan umurnya; selain itu tidak dianggap sebagai kehidupannya. Sebaliknya, siapa yang hidup dalam waktunya seperti gaya hidup binatang ternak, menggunakan waktu dalam kelengahan, kelalaian, dan angan-angan kosong, atau sebaik-baik pemanfaatan waktunya adalah untuk tidur dan menganggur, maka kematiannya lebih baik daripada hidupnya.                                                                
Marilah kita sentiasa memperbaiki diri kita supaya kita menjadi lebih baik daripada sekarang dan sentiasalah kita saling ingat-memperingati dan nasihat-menasihati antara satu sama lain dan beruntunglah bagi orang yang melaksanakannya.   beruntunglah bagi orang yang melaksanakannya.   

Saturday, March 7, 2009

BerHiJrah Ke sEkoLah lain.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaatuh. Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya ana dapat lagi hidup di atas muka bumi Allah ni dan harap ku akan terus dipelihara berada dijalan mu ya Allah. Pertamanya Ana mohon maaf kepada sahabat-sahabat ana kerana tidak memaklumkan perkara ni dan untuk pengetahuan, ana sekarang bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK klang. Sikit je kot yang dapat ana ceritakan, yerlah kate baru masuk tak banyak lagi cerita pastu ana ni bukanlah pandai bercerita sangat,oklah ana mulakan dgn sejarah sekolah ni sekolah ini dibuka pada tahun 1978 dan Moto sekolah ni ialah KEMAHIRAN KUNCI KEMAJUAN  logo sekolah ni ade tiga warna bagi warna merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor bagi putih melambangkan kesucian dan spur melambangkan teknikal dan kemahiran. Sekolah ni tak lah jauh sangat dari rumah ana dekat je tak sampai 1km dan setiap hari ana akan pergi sekolah dgn menaiki kereta dan balik dgn berjalan kaki, sekolah ni besarrr sangat dan macam-macam kemudahan  ade kat sini, tapi pelajar-pelajarnya bila dilihatkan ana sangat sedih tulah rialiti sekarang dan kalau kat kelas pulak semuanya orang melayu walaupun sekolah ini pelajarnya berbilang bangsa dari segi bilangannya…. seimbang laki dan perempuan, pastu ikhtilatnye hei tak yah cakaplah dah jadi perkara biasa bagi sekolah luar. Oklah tu je kot yang dapat  ana dapat kongsikan lain kali ana cerita lagi,. Akhir sekali ana mohon sangat-sangat doa dari korang. Buat sahabat-sahabatku ,rakan-rakanku ,senior-seniorku , junior-juniorku dan murabbi-murabbiku diriku ini sentiasa mengegati dan mendoakan sekalian. Semoga ape yang kita bina selama ini akan terus kukuh dan kekal selamanya wabillahi taufiq wal hidaaayah wassalamualaikum warahmatullahi 

dari kiri nazmi,rahman dan anas

Friday, February 20, 2009

KUAT MENGHADAPINYA



Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dgn membawa keterangan dan petunjuk. Tujuanya agar mereka mengeluarkan manuasia daripada kegelapan kepada cahaya dan janganlah kita leka dan alpa kpd dunia kerana kita ada tanggungjawap yg besar diatas muka bumi Allah ini. Para pembaca sekalian, manuasia kini sedang menghadapi pertarungan dalam diri mereka sehinggalah mereka kalah atau menang, atau terus menghadapi pertarungan ini. Pertarungan ini adalah pertarungan yng sengit dan berterusan hinggalah manusia menemui ajal. Firman Allah:”Dan jiwa serta penyempurnaanya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu( jalan) kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntnglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”(asy-syam:7-10) Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1) Golongan yg tewas dgn hawa nafsu

2) Golongan yg berjihat melawan hawa nafsu

3) Golongan org maksum

Cuba kita fikir sejenak, kita sekarang ada pada golongan yg mana ? yang pertama?, kedua?, atau ketiga?, fikir-fikirkanlah. Para pembaca sekalian, Manusia kini ramai yang tewas dgn hawa nafsu mereka, mereka ini tunduk kpd dunia dan kekal dalam keduniaan. Mereka ini orang-orang yang melupakan Allah , lantas Allah melupakan mereka. Semua org kenal syaitan yang sentiasa berusaha dan tidak putus-putus untuk menyesatkan manusia dan syaitan ini akan menjadi kawan karib kita bila mana benteng dan pertahanan jiwa kita lemah dan runtuh, Firman Allah:”syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah”(Al-Mujaadilah:19)Terdapat penyakit yg paling berbahaya iaitu penyakit was-was dan tujuanya utk memesongkan manusia diri jalan Allah dan sentiasalah kita mengigati Allah dan banyakkan lah berdoalah pda Allah supaya tidak tekena dgn penyakit ini, FIrman Allah:”sesungguhnya orang-orang yng bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan meliah kesalahannya(sedar kembali)”(Al-A’raf:201) Disini terdapat beberapa jalan utk mengelakkan diri kita drpd panah-panah dan tipu daya iblis:

1) Sentiasa mengigati Allah dalam apa saja keadaan.

2) Elakkan dan jauhkan daripada makan terlalu banyak

3) Menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa bersifat berhati-hati dalam semua perkara

4) Jauhkan daripada bermewah-mewah walaupun halal dan bersih

5) Banyakkan membaca al-quran berzikir dan beristirfar.

Rasulullah S.A.W bersabda :” Terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.” Ini saje yang dapat ana konsikan bersama, segala yng baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri ana sendiri. Marilah kita sama-sama saling tegur-menegur dan nasihat-menasiahati bila Nampak kemungkiran agar kita sentiasa kekal di jalan Allah. Tegurlah ana bila Nampak ana buat benda yg tak elok, kerana ana manuasia yg lemah.

Sunday, January 25, 2009

Sebelum Terlambat


Ana mengajak untuk kita mengkoreksi kembali perjalanan hidup kita dari kita kecil hinggalah sekarang apa yang telah kita lakukan atau sumbangkan untuk islam. kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana tak semua manusia mendapat nikmat ape yang kita dapat dan nikmat yang paling besar Iman dan Islam. Manusia dilahirkan dengan keadaan yang fitrah(suci) bila keluar je kita dari rahim ibu, tahun demi tahun berlalu hinggalah baligh, maka bermulalah kita dicatitkan amalan baik atau buruk, jika kita membuat dosa maka titik hitam akan tertitik pada hati dan ianya akan berterusan jika kita membuat dosa , jika terlalu banyak kita melakukan dosa maka hitamlah hati kita. Terdapat 5 faktor yang mendorong seseorang itu membuat dosa:-

1-Syaitan

2-Nafsu jahat

3-Iman yang lemah

4-Kejahilan

5-Suasana

Untuk menghindarkan kita membuat dosa, Terdapat 4 cara menghindarkan kita daripada melakukuan dosa :-

1-Dalami ilmu agama

2-Bertaubat pada kesalahan yang lalu

3-Melakukan banyak ibadat

4-Berkawan dengan orang alim

Oleh itu kita perlu segera meninggalkan maksiat yang kita lakukan dan perbanyakkan lakukan kebaikan. Jangan biar rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T layu kerana dengan mengharapkan rahmat-nya kita di radhai dan tidak tergolong dalam kalangan orang yang menemui kecelakaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah S.W.T “tidak dicabut rahmat kecuali orang yang celaka” (Riwarat Ahmad). Tinggalkanlah segala maksiat yang telah kita lakukan dan kembali ke pangkaljalan sebelum pintu taubat tertutup dan kita tidak dapat kembali ke dunia ini untuk menebus kembali ape yang kita sia-siakan.

Friday, December 26, 2008

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw"

1) Memebri makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya.

"HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA Dari Sufyan Sauri :

"Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :

1) Panjang angan-angan.

2) Sentiasa tamak.

3) Sangat kedekut.

4) Berkurang waraknya.

5) Lupa kepada akhirat.

Wednesday, November 19, 2008

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat

Inilah Orang – Orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”.(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang – orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada shaf – shaf terdepan” (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)





4. Orang – orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf – shaf” (Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia” (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang – orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang – orang yang berinfak.Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur” (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh”(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang – orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...