Thursday, December 24, 2009
Friday, October 9, 2009
JeMputan.....

Pada hari isnin 6 oktober yang lalu kami sekelas telah dijemput untuk menghadiri Hari Terbuka Jabatan Bangunan UiTM, yang bertempat di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTm Shah Alam. Program ini juga disertai dari SMT Kuala Selangor dan SMT Gombak yang mana kebanyakannya pelajar tingkatan 4, dan jumlah pelajar yang menyertai program ini lebih kurang 100 orang.

Disana kami diberi taklimat dan pendedahan mengenai Jabatan Bangunan yang mana terdiri daripada pelan pengajaran di peringkat diploma, ijazah, sarjana muda dan juga master. Semasa kami berada di dalam dewan kami diberi sedikit pengenalan mengenai Fakulti Senibina Perancangan dan ukur oleh pensyarah disana. Dan selepas itu dibuka soalan-soalan yang mengenai fakulti ini, terdapat satu soalan yang menarik dari seorang guru yang mana dia bertanya, lebih kurang cam ni ar “apakah persediaan dan usaha pihak fakulti senibina perancangan dan ukur dengan keadaan semasa yang mana banyak kejadian-kejadian bencana alam seperti gempa bumi berlaku” dan soalan itu dijawab oleh seorang pensyarah dan dia menyatakan bahawa pihak fakulti telah melaksanakan satu kajian di Aceh yang mana telah meragut beribu nyawa disebabkan gempa bumi dan tsunami dan juga lain-lain kajian yang melibatkan bencana alam.
Kami juga dijemput untuk melawat bengkel, bilik helidion, wind tunnel & bilik akustik yang mana
makmal-makmal ataupun bilik-bilik tersebut jarang sekali dijumpai dan semasa melawat makmal-makmal disana kami diberi penerangan mengenai kegunaan dan fungsi alat-alat dan mesen-mesen yang ada.
Majlis ini diakhiri dengan penyampai cenderahati dari pihak fakulti kepada sekolah-sekolah yang terlibat serta sesi bergambar bersama.........

Friday, October 2, 2009
Berlalunya Hari
-Selamat hari raya Aidilfitri-
Kepada semua rakan dan taulan yang mengenali, ku susun 10jari memohon ampun dan maaf...
Friday, August 7, 2009
BulAn SYaaBaN
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
- Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." - Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Wednesday, June 10, 2009
Hari2.yang.berlalu
Sedar x sedar hampir 2 bulan setengah aku berada di sekolah baru aku ni iaitu sekolah menengah teknik klang.Rase rindu kat skolah lame mmg terasa kerana rindukan biah soleh kat skolah hira',yerlah klau nak bandingkan dgn skolah2 biasa mmg jauh berbeza dgn pelbagai masalah remaja sekarang yang semakin membimbangkan dan itulah realiti remaja zaman skrg. Bila berada dlm keadaan atau suasana remaja sekarang ni kekuatan diri seseorang mesti kene kuat dari segi fizikal,emosi,iman semua kene kuat kalaulah boleh membahayakn diri seseorang.
Aku selalu berfikir permulaan macam mana yg paling baik utk aku membantu membimbing mereka dan aku akan sedaya upaya ku untuk membantu mrk. walaupun kadang-kadang aku berasa putus asa tapi aku kuatkkan semngtku, agak sukar sekali utk ku bertemu atau berbual dgn rakan2 sekolahku setiap masa ini kerana aku tidak tinggal di asrama dan setiap hari aku akn ulang alik ke rumah kerana sekolah teknik ni tidak begitu jauh dari rumah ku.
Jadual harian ku memang padat, ini kerana sekolah setiap hari start pukul 7.20 dan tamat dalm pukul 4stgh kecuali hari jumaat. Memang penat...lagi-lagi bila nak balik umah, nak kena jalan dari sekolah ke umah lebih kurang 1stgh KM cuba bayangkan.... bila dah sampai rumahtu rehat jap lepastu mandi, solat asar, tidor... mesti punyalah. bangun lebih kurang pukul 6ptg dan makan mlm lepastu pergi surau, balik dari surau bersiap pukul 8 pegi tuisyen balik kul 10mlm lepastu solat isyak,baca al-quran, baca buku ilmiah dan tido....' hari sabtu ahad masa utk aku berehat. Buat sahabat2 ku yang still lagi kat hira' terutama dak f4 mahad ana setiasa mendoakan kalian supaya cepat habis hafal30 juz, semoga ukhuwah yang kita bina masih lagi kukuh dan kekal buat selama-lamanya....."
Mutiara kata bauat sahabat
- Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
- Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
- Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
- Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
- Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Friday, May 15, 2009
IsTigHfaR

1. Tinggalkan dosa-dosa tersebut.
2. Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3. Bertekad untuk tidak mengulagi lagi.
Wednesday, March 18, 2009
Al-FaTeh SeBaik-BAiK RaJA

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)