Saturday, February 6, 2010

MaNuSiA DidOa MaLaiKat


Assalamualiakum...ini sebagai satu perkongsian dari ape yg saya baca dari satu artikel.. PERCAYA kpd malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yg ditugaskan berdoa kpd makhluk manusia dan sudah tentu seseorg yg didoakan malaikat mendpt keistimewaan. Dlm hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dlm menghadapi ujian yg kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara org yg mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...