Friday, October 2, 2009

Berlalunya Hari




Setahun dah nak berlalu dan belbagai benda yang ku lalu dalam tempuh setahun ini, banyak benda baru yang ku dapat pelajari, dan semua itu memberikan ku suatu pengalaman yang begitu berharga dan bermakna walaupun ianya kadang-kadang pahit dan kadang-kadang manis. Dan selalunya yang pahit itu memberikan suatu pengajaran yang begitu bermakna dan ianya dapat di tangkis jika ianya berlaku kembali pada masa-masa yang akan datang. Yang paling ku harapkan ialah sasaran yang ku harapkan akan tercapai, walaupun jika dilihat sasaran yang ku harapkan, ianya seperti sudah tidak sempat untuk ku sasarkan, aku bertekat dalam diriku untuk terus berusaha untuk mencapainya. Setiap benda yang kita lalui pasti ada halangan yang muncul dan kadang-kadang ianya masalah besar dan kadang-kadang masalaah kecil.. Setiap manusia pasti ada masalah tak kiralah ape-ape pun, penipulah orang itu jika dia kata dia tiada masalah.. Walaupun kadang-kadang ade rasa futur tapi ku cuba mengelak dari perkara ini, kerana ia boleh menjejaskan matlamat, sasaran dan masa depanku.


-Selamat hari raya Aidilfitri-

Kepada semua rakan dan taulan yang mengenali, ku susun 10jari memohon ampun dan maaf...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...