Friday, October 9, 2009

JeMputan.....


Pada hari isnin 6 oktober yang lalu kami sekelas telah dijemput untuk menghadiri Hari Terbuka Jabatan Bangunan UiTM, yang bertempat di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTm Shah Alam. Program ini juga disertai dari SMT Kuala Selangor dan SMT Gombak yang mana kebanyakannya pelajar tingkatan 4, dan jumlah pelajar yang menyertai program ini lebih kurang 100 orang.

Disana kami diberi taklimat dan pendedahan mengenai Jabatan Bangunan yang mana terdiri daripada pelan pengajaran di peringkat diploma, ijazah, sarjana muda dan juga master. Semasa kami berada di dalam dewan kami diberi sedikit pengenalan mengenai Fakulti Senibina Perancangan dan ukur oleh pensyarah disana. Dan selepas itu dibuka soalan-soalan yang mengenai fakulti ini, terdapat satu soalan yang menarik dari seorang guru yang mana dia bertanya, lebih kurang cam ni ar “apakah persediaan dan usaha pihak fakulti senibina perancangan dan ukur dengan keadaan semasa yang mana banyak kejadian-kejadian bencana alam seperti gempa bumi berlaku” dan soalan itu dijawab oleh seorang pensyarah dan dia menyatakan bahawa pihak fakulti telah melaksanakan satu kajian di Aceh yang mana telah meragut beribu nyawa disebabkan gempa bumi dan tsunami dan juga lain-lain kajian yang melibatkan bencana alam.


Kami juga dijemput untuk melawat bengkel, bilik helidion, wind tunnel & bilik akustik yang mana makmal-makmal ataupun bilik-bilik tersebut jarang sekali dijumpai dan semasa melawat makmal-makmal disana kami diberi penerangan mengenai kegunaan dan fungsi alat-alat dan mesen-mesen yang ada.

Majlis ini diakhiri dengan penyampai cenderahati dari pihak fakulti kepada sekolah-sekolah yang terlibat serta sesi bergambar bersama.........














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...